16.8.10

Pengacaraan Majlis (1)


Definisi Pengacara
1.Orang yang memimpin/mengawal sesuatu acara dalam majlis.
2.Orang yang memberi arahan/panduan dalam sesuatu majlis.
3.Orang yang membuat pengumuman.
4.Bertanggungjawab menjadikan majlis berjalan dengan teratur.
5.Memperkenalkan penceramah/pelakon.

Ciri-Ciri Pengacara
1.Suara baik; lunak, bertenaga.
2.Fasih dan jelas (sebutan tidak pelat)
3.Kebolehan banyak bahasa.
4.Kelajuan sederhana.
5.Kecepatan mengikut keperluan.
6.Tenang.
7.Tahu menggunakan budi bicara.
8.Penyabar.
9.Bijak menyesuaikan perwatakan dengan situasi.
10.Memiliki pengetahuan asas dengan adat istiadat, protokol dan etiket.

2 ulasan:

Abdul Qaiyum berkata...

Salam.. entri ni amat bermanfaat. namun saya ada soalan. Adakah mikrofon juga memainkan peranan dalam kejelasan suara kita? Apakah yang harus dilakukan jika mike tidak di tune mengikut nada suara kita?adakah itu boleh dikira sebagai pengacara yang gagal?

Kalau boleh cikgu buat entri tugas pengacara yang benar2 pengacara..kerana baru ni saya telah mengacarakan 1 majlis..tapi segalanya dari menyusun siapa yang akan buat persembahan sehingga menanyakan nama vip (ketika majlis itu berlangsung saya terpaksa berlari untuk bertanya kepada vip itu sendiri) semuanya kami berdua yang buat..adakah ia memberi kesan kepada mutu pengacaraan? kerana sambil membuat pengumuman fikiran tertumpu kepada benda yang lain. dan itu yang membuatkan suasana dan pengacaraan nampak keras.. Betul kah begitu?

MUZAFFAR berkata...

Salam...

Suasana berlari ke sana sini menunjukkan kegagalan penganjur/urusetia. Pengacara hanya mengendalikan majlis bukan memikirkan persiapan itu ini.