31.12.09

Langkah Pertama

Selamat datang ke blog Gomogi. Apa dia gomogi? Dalam dialek Pantai Timur, 
gomogi bermaksud perbuatan melakukan sesuatu dengan penuh keberanian tanpa takut risiko di sebaliknya. Begitu juga dengan seni pengucapan awam. Kita perlu sentiasa berani tampil ke depan untuk meluahkan pendapat tanpa ada ketakutan. Untuk pelajar ko-k Pengucapan Umum UUM, saya berharap agar blog ini akan menjadi wadah untuk kita berhubung di alam maya. Segala bagai makluman serta sedikit panduan akan kita kongsikan di sini. Untuk permulaan diharapkan semua ahli dapat mendaftarkan diri sebagai pengikut blog ini.