23.5.12

Teknik Melibatkan Khalayak


Drama
-semasa sesi pembukaan seperti masalah, cerita atau soalan.
-unsur-unsur dramatik seperti berhenti sejenak, mengbah nada suara dan emosi.

Komunikasi mata

-pandang semua pendengar dengan teliti (3-6 saat)
-nilai minat pendengar melalui persetujuan, bosan atau bermasalah

Pergerakan

-gunakan sepenuhnya ruang untuk bergerak
-sentiasa bergerak ke arah audiens terutama di awal dan akhir persembahan

Alat bantu mengajar (ABM)

-guna pelbagai alat bantu mengajar seperti overhead projektor, carta, flipchart
-libatkan penglibatan audiens serta merta

Menyoal


-retorik - soalan-soalan mudah tanpa perlukan jawapan
- contoh: Berapa ramai anak muda yang menjadi mangsa bila pengedar dadah
dibiarkan bebas?

Permainan
-bermain untuk bermesra dengan audiens dan juga beri hadiah kepada yang berjaya.

Timbulkan minat

-gunakan contoh, cerita dan silap mata

Demonstrasi
-untuk tunjuk setiap langkah secara terperinci bagi menambahkan kefahaman audines

Humor
-mulai ucapan dengan sesuatu yang menarik minat dan jenaka yang tidak keterlaluan.

17.4.12

Latihan Vokal Untuk Deklamasi Sajak

Latihan Pengucapan Sebutan Baku

HURUF VOKAL:       A  E  I  O  U

HURUF ABJAD: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T UV W X Y Z

PERKATAAN

SATU SUKU KATA


AA  EE  UU BA  BE  BU CA  CE  CU      DA  DE DU  FA  FE  FU
GA  GE  GU HA  HE  HU JA   JE  JU KA  KE  KU LA  LE  LU
MA  ME  MU NA  NE  NU PA  PE  PU QA  QE  QU RA  RE  RU
SA  SE  SU TA  TE  TU VA  VE  VU WA  WE WU XA  XE  XU
YA  YE  YU ZA  ZE  ZU
KU  KU  KA  KI  KU     SU SU SA  PI KU   PI PI PA PI MU     MA  MI MU MA MA KU

DUA SUKU KATA:

A  KU   LA LU   MA  JU    HI  DUP   MA TI   LA RI   JA  LAN   NA  IK
TU RUN   BE  SAR   KE CIL   ANG SA   BU RUNG  LI DAH   MU LUT ME JA   CER MIN   BU DAK   RA GA  CE KAL  GI GI  JA  SA
KU NING   SA MAR    GE LAP  TE  RANG     PO HON  KER TAS  NAN TI.

TIGA SUKU KATA

KE LU AR   TE LI  NGA    HA RI MAU    KE JO RA    BA HA SA
PE GA WAI    JU MA AT    SE LA SA    SE REM BAN   KE RU SI
SE RA YA    PE RA HU  KE RE TA   AL MA RI    SEM PUR NA

EMPAT SUKU KATA
KE RA JA AN    PE KER JA AN   PER SA TU AN    RE KRE A SI
MA NA KA LA    PER HU BUNG AN     KE BANG SA  AN      KE PU RA AN KE IK LAS AN    PER IS TI WA    MA LAY SI  A    PE DA LAM AN

LATIHAN PENGUCAPAN KONSONAN AWAL.

B.     Besok bapak boleh beli buku biru baru
c.     Comel cuma cari cili celah cerek
d.     Dalam dongeng dulu dara duduk diam dekat dewa
f.      Fakir fikir fasal fulus filus
g.     Gembala gila gelek gadis gagap goyang gusi
h.      Hati hairan hendak hormat hukum hidup
j.      Jika jengkel juang jagung jangan jolok jendela jiran
k.      Kakak kerja kita kena ketil kutu kolam
l.       Lekas lompat lari lihat leher laki luka
m.     Merak merah muda marah minta mogok
n.      Nenek nona nujum naik nesan
ny.    Nyanya nyanyuk nyenyek nyanyut
p.     Paman penat potong putik pisang pendek pendek
r.      Rumah rimba raya roboh rebah ranap ranah
s.      Siput suka seret sotong sambil senyum
t.      Tamu tolak tapai tumpah tepi tilam
z.      Zahir ziarah zuriat zulu zirafah zalim

LATIHAN PENGUCAPAN KONSONAN BERULANG

b.      Babu bebal bubuh bubur baba
c.      Cucu cacat cicir cicit cuci cicak
c.      Duda duduk dedah dadu di dada
g.      Gegat gagah gigit gagak gugur

21.3.12

Pantun dan Bahasa Berirama

Pantun dan bahasa berirama sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam apa-apa jua majlis. Pada zaman dahulu, pantun dan bahasa berirama dituturkan oleh masyarakat Melayu pada setiap masa tidak kira di mana-mana sahaja. Bahasanya yang indah, lembut dan tersusun menyebabkan masyarakat menggemarinya. Sememangnya, pantun dan bahasa berirama merupakan unsur keindahan bahasa yang amat sesuai digunakan dalam apa-apa jua teks. Penggunaan pantun dan bahasa berirama dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat menarik perhatian dan tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan jayanya. Oleh itu, di sini diberikan sedikit panduan tentang teknik mencipta pantun dan bahasa berirama agar teks pengacara yang dihasilkan tidak terlalu sterotaip dan hambar.

Mencipta Pantun
Pantun ialah puisi berirama yang berangkap. Pantun boleh dibahagikan kepada pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan berkait. Dalam penulisan teks pengacara majlis, pantun yang kerap digunakan ialah pantun empat kerat. Hal ini kerana pantun empat kerat lebih mudah untuk dicipta. Sebelum mencipta pantun, kita harus mengetahui dengan jelas ciri-ciri pantun. Yang berikut merupakan ciri-ciri pantun yang perlu dipatuhi agar pantun yang terhasil tidak kedengaran sumbang.

1. Binaan pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Dalam pantun empat kerat, dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.
2. Rima akhir pantun empat kerat ialah ab ab, iaitu jika dalam baris pertama suku kata akhir ialah – kan (a) maka suka kata akhir dalam baris ketiga juga ialah – kan (a). Begitu juga jika suku kata akhir bagi baris kedua ialah –ri (b) maka suku kata akhir keempat juga semestinya –ri (b).
3. Setiap satu baris terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan sahaja.
4. Suku kata dalam sebaris pula antara lapan hingga 12 suku kata.
Pantun yang ingin dicipta pula harus bergantung kepada agenda sesuatu acara. Jika pantun yang ingin dicipta adalah untuk tujuan alu-aluan maka dalam maksud pantun harus disebut ucapan selamat datang. Pembayang pantun pula lebih baik menggunakan unsur keindahan alam. Jika tidak mampu, anda boleh menggunakan apa-apa sahaja unsur yang dirasakan sesuai dan menarik.
Contoh pantun:
Memasang pukat terkena lokan,
Lokan dibawa ke Tanjung Puri; } Pembayang
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Majlis Anugerah Guru Bestari. } Maksud

Mencipta Bahasa Berirama
Bahasa berirama ialah kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan keindahannya yang tersendiri. Selalunya, kata-kata berirama ini diambil daripada ungkapan atau peribahasa yang digubah menjadi bahasa yang menarik.
Bahasa berirama sebenarnya tidak terikat seperti penciptaan pantun. Rima akhir bahasa berirama boleh berbentuk bebas atau terikat, iaitu aaaa. Yang penting dalam bahasa berirama, kata-kata yang digunakan harus indah dan sesuai dengan acara.
Contoh:
Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,
Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.
Namun begitu, bahasa berirama tidak semestinya dicipta seperti di atas. Anda juga boleh menggunakan frasa-frasa menarik seperti meluah rasa mengungkap bicara, segera ditampilkan, namun apakan daya, kita telah di penghujung acara dan sebagainya.

Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Teknik Penulisan dalam buku Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis.

13.3.12

Contoh Pidato Terbaik


Fathiah Ibrahim
Johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu kategori Nusantara 2012