22.2.14

Penilaian Kendiri Untuk Pembicara

Penilaian kendiri 
·         Penilaian kendiri melibatkan penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri samada positif atau negatif
·         Meliputi persepsi tentang diri dan alam sekeliling melalui diri dan kebolehannya meliputi keyakinan dan harga diri
·         Tiga aspek penilaian:

  a)  
 Persediaan awal
-Membuat analisis audiens
-Kumpul maklumat atau idea
-Mengatur bahan ucapan
-Merancang ucapan
  b) Aspek latihan
-Kemahiran menyampaikan ucapan,syarahan dan pidato dapat dikuasai
-Latihan yang cukup untuk meningkatkan keyakinan diri ketika berucap
-Dapat menangani kegugupan yang berpunca daripada perasaan tegang, tidak yakin dan malu.

 
c) Persediaan persembahan
-Membuat salutasi protokol
-Gunakan kata sapaan yang sesuai mengikut konteks
-Membuat preview
-Sudahkan ucapan dengan sekian terima kasih

 
Kriteria Penilaian kendiri dalam pengucapan awan

 
Aspek Persediaan Awal
Memahami apa yang akan disampaikan 




Kedalaman pengetahuan tentang topik




Membuat rujukan




Merancang ucapan, isi mencukupi dan diatur mengikut keutamaan  




Membuat catatan/ nota ringkas 




Menganalisis audiens




Memahami tujuan pengucapan 





Aspek latihan
Latihan yang mencukupi 




Latihan bukan menjurus kepada perkara teknikal sahaja




3  
Berlatih menangani kegugupan mengenai topik pengucapan 




Kebolehan memberi gambaran mengenai topik pengucapan 




Membuat salutasi/ sapaan yang betul 




Pengenalan topik amat jelas dan menyeluruh 




Mengingat idea dan mengolah dengan baik




Isi dikembangkan lengkap dengan data sokongan 




Ada elemen kecindan / lelucon 




10 
Menyampaikan maksud ,buah fikiran dan memberi maklumat dengan jelas dan teratur 




11 
Membuat kesimpulan yang bersesuaian




12 
Ucapan terima kasih dan penghargaan 




13 
Mematuhi masa yang ditetapkan 




14 
Mendapatkan komen rakan 





Aspek Persediaan Persembahan
Memakai pakaian yang bersesuaian 




Mempunyai sikap yakin diri yang tinggi, tidak malu, dan bersikap positif




Berjaya menangani kegugupan dan yakin boleh melakukannya






PENILAIAN SECARA HOLISTIK
  • Merupakan penilaian yang dibuat secara menyeluruh melibatkan pengkategorian dinilai sama ada cemerlang, baik, sederhana, atau lemah.
  • Nilai atau markah diberikan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  • Contohnya empat item yang hendak dinilai secara holistik ialah penyampaian, isi, bahasa dan tatacara, susunan atau organisasi sesuatu pengucapan awam.

  
PENYAMPAIAN 
Kriteria 
40 Markah 
Penerangan
Cemerlang
26 - 40 
Disampaikan dengan cemerlang, lengkap dengan idea utama dan idea sokongan, menarik, menyeronokkan, informatif, dan berkesan 
Sederhana
16 - 25 

Disampaikan dengan agak baik, lengkap dengan idea utama dan idea sokongan, menarik, menyeronokkan, masih informatif, dan menyakinkan.
Lemah
0 - 15

Disampaikan dengan agak memuaskan dan minima sahaja, persembahan kaku, kurang informatif dan agak membosankan.



ISI 

 
Kritea 
30 Markah 
Penerangan 
Cemerlang 
21 – 30 

Idea pokok dibincangkan secara jelas dengan disokong data-data yang konkrit, penting, berkaitan dan menyakinkan
Sederhana 
11 - 20

Idea pokok dibincangkan tetapi terlalu ringkas dan am.Perbincangan disokong oleh data-data yang konkrit tetapi kadangkala contoh atau data-data itu diulang-ulang, tidak berkait atau tidak lengkap.
Lemah 
0 - 10 

Idea pokok kurang jelas atau keliru, atau tidak disokong oleh data-data yang konkrit dan berkaitan.


  

BAHASA
Kriteria 
20 Markah 
Penerangan 
Cemerlang 
16 - 20 

Ayat-ayat dibina dengan baik, bersepadu dan berkesan. 
Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan dengan sangat berkesan, menarik, tepat, dan penuh dengan bunga bahasa. 
Penggunaan (secara kosisten) bahasa baku.

Sederhana 
10 – 15 

Ayat-ayat digunakan secara betul tetapi tidak bersifat luar biasa dan kadangkala seragam sahaja.
Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan sesecara sesuai, jelas dan kadangkala terdapat penyelewengan dari bahasa baku.
Lemah  
0 - 9 

Ayat-ayat tidak bersepadu, tidak bertalian, keliru, tidak munasabah dan membosankan.
Perkataan yang dipilih dan digunakan tidak munasabah, kabur, tidak berbunga bahasa atau kurang baku.
Idea-idea dikemukakan secara tidak lancar dan terhalang kerana sering terdapat penyimpangan bahasa.

 



  1. TATA CARA / SUSUNAN / ORGANISASI PENGUCAPAN

 
Kriteria 
10 Markah 
Penerangan 
Cemerlang 
7 – 10 

Tema dikembangkan dengan teratur selangkah-langkah, idea-idea kemukakan secara bersepadu dan satu hujah beralih kepada hujah yang lain dan berkesan.
Hujah dikembangkan secara menarik dan seimbang dengan penekanan yang wajar.
Sederhana 
4 – 6 

Tema kadangkala tidak teratur, dikembangkan secara tidak seimbang atau memberi penegasan yang tidak sesuai.
Hujah-hujah berkaitan tetapi peralihan dari satu hujah kepada hujah lain kadangkala tidak licin dan membosankan.
Lemah 
0 - 3 

Tema tidak dikembangkan atau dikembangkan dengan tidak konsisten, tidak kena mengena dan diulang.
Hujah-hujah tidak bertalian/koheren dan peralihan dari satu hujah kepada hujah yang lain tidak jelas dan tidak berkesan. 

 

 


 
PENILAIAN SECARA ANALITIK
  • Merupakan penilaian yang dibuat secara terperinci yang meletakkan item-item yang hendak dinilai dan membuat perincian sub item.
  • Contoh :

 


Nama : _______________________________________     Tarikh : ____________ Tajuk : _______________________________________________________________

 
PENYAMPAIAN
PENARAFAN
KOMEN
  1. Kontak mata
5

  1. Kejelasan dan nada suara
4
5

  1. Kadar kelajuan suara
4
5

  1. Pematuhan pada masa
4
5

KANDUNGAN
PENARAFAN
KOMEN
  1. Mukadimah yang menarik
1

  1. Membuat prebiu

  1. Organisasi/tatacara pengucapan jelas

  1. Idea-idea atau data sokongan

  1. Penggunaan alat visual

  1. Penggunaan wacana/ tanda-tanda peralihan

  1. Membuat rumusan/ ringkasan
1

  1. Kata-kata penutup

BAHASA
PENARAFAN
KOMEN
  1. Menggunakan kata sapaan yang sesuai dan protokol yang betul

  1. Bersesuaian dengan konteks

  1. Penggunaan perkataan dan istilah yang tetap dan sesuai

  1. Menggunakan bahasa Melayu yang betul, laras rasmi dan tidak menggunakan bahasa pasar

  1. Penggunaan ayat dan perkataan yang betul dan bukannya dalam loghat setempat.

  1. Ayat difahami, jelas, tepat dan gramatis.

  1. Penggunaan tatabahasa yang betul.

GAYA 
PENARAFAN 
KOMEN 
  1. Berjaya mewujudkan kefahaman, keseronkkan dan Berjaya mempengaruhi sikap audien.

  1. Menggunakan analogi, cerita, lelucon, peribahasa, kata-kata mutiara dan sebagainya.

  1. Bahasa badan (mimik muka, aksi tangan, lenggok badan dan cara berdiri)

KUNCI PENILAIAN
0 = Lemah 1 = Tidak Memuaskan 2 = Memuaskan 3 = Sederhana 4 = Baik 5 = Cemerlang 


Tiada ulasan: