22.5.14

Sajak Untuk Majlis Perpisahan Pengetua/Guru Besar

Selingkar kenangan bersama Tuan
Walau sedetik Cuma
Ianya amat mahal untuk dinilai
Ianya amat luas untuk diukur
Bicaramu tuan bak tinta di jiwa kami
Menguntum senyummu tuan, membunga di hati kami
Kau nyalakan kandil hakiki
Menyuluh arah haluan nan murni
Dengan tekad nan suci
Menggunung harapan cita kami
Kau tak lupa kukuhkan tiang seri pusaka
Buat sokong di kala rebah
Permaidani kasih kau hamparkan
Di sepanjang lantai usang
Kelak membunga mekar setaman

Walau sesekali walang terusik
Oleh dengkur dan dengus
Lara wargamu kausirami dengan benih-benih keimanan
Rangsangan jua dorongan kau salurkan
Moga zuriat bakat kami bisa membiak ligat
Dan membunting kejayaan
Teguranmu pasti membina kami
Ajarmu pasti kami tak lupa
Jasamu pasti kami abadikan
Tinta kami ini adalah titipan kasih buat Tuan
Bukan sekadar metafora dalam kuntuman sajak
Yang berpalut kiasan wacana 

Semoga Tautan Kasih kami akan kekal utuh menjadi Selingkar Kenangan pada Tuan
Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih,
Titipan Kasih Buatmu Tuan Pengetua

7 ulasan:

SMK PONTIAN JAYA berkata...

Sajak yang touching giler. Banyak azimat dan perangsang. Lagi bagus jika dihati oleh semua guru.

liyana izzati berkata...

saya mohon untuk digunakan pada majlis perpisahan guru besar di sekolah saya.

Nur Athirah berkata...

Saya minta izin utk digunakan dlm mjlis persaraan pengetua kami...

Nur Athirah berkata...

Saya minta izin utk digunakan dlm mjlis persaraan pengetua kami...

Nur Athirah berkata...

Saya minta izin utk digunakan dlm mjlis persaraan pengetua kami...

Tanpa Nama berkata...

SAJAK YANG SANGAT BAIK.SAYA MOHON UNTUK GUNAKAN SAJAK INI PADA MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SEKOLAH SAYA

Wan Norafizah Wan Nawi berkata...

Terpana hati membaca sajak ini. Saya mohon utk digunakan pada majlis perpisahan pengetua nanti. Terima kasih