11.4.16

Panduan Pidato Spontan untuk Pidato Piala Diraja

Berikut ini saya kongsikan sedikit tips berkaitan pidato spontan untuk diijadikan panduan guru-guru dalam melatih anak didik masing-masing. Harap bermanfaat untuk semua.


PIDATO BAHAGIAN B (SPONTAN)


Format Mudah
(1) Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera para hakim, penjaga masa dan hadirin hadirat sekalian.

(2) Tajuk pidato kedua saya pada pagi ini ialah '_____'

(3) Definisi bagi tajuk pidato saya iaitu '_____' ialah _______________

____Pembukaan____
____Indikator 1 ____ Tuntasnya,.....
____Indikator 2 ____ Konklusinya,....
____Indikator 3 (jika perlu)____

(4) Kesimpulannya, ____________________________________________________

_____________________________________________________________________

Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup
(1)
(2) 'Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup'
(3) 'Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Kualiti Hidup' ialah amalan tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan mampu menjamin kesejahteraan hidup.

 Amalan yang mampu menjaga kesihatan ini semakin hari semakin diabaikan oleh rakyat Malaysia kita. Pelbagai nasihat telah diberikan namun umpama mencurah air ke daun keladi. Apakah amalan gaya hidup yang boleh dipraktikkan untuk menjamin kualiti hidup?

 Indikator saya yang pertama, amalan-amalan negatif sepatutnya dielakkan. Hal ini kerana, amalan yang negatif mampu mempengaruhi kesihatan kita. Misalnya, amalan merokok boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Antaranya, sakit jantung, barah paru-paru dan kemungkinan menghidapi strok. Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seperti mengelakkan amalan-amalan negatif mampu menjamin kualiti hidup.

 Indikator saya yang kedua, amalan senaman sewajarnya dikerapkan. Amalan ini bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan. Hal ini demikian kerana, sisa toksin dikeluarkan dari badan semasa senaman melalui peluh. Sebagai contohnya, aktiviti senaman boleh dilakukan sebanyak 3 kali seminggu iaitu 20 minit satu sesi. Konklusinya, amalan senaman mampu menjamin kualiti hidup,

**** Indikator lain: Makan makanan seimbang

 Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat seperti mengelakkan amalan negatif dan mengamalkan senaman mampu menjamin kualiti hidup. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal cerdas. Ingatlah, badan sihat otak cerdas. Sekian,terima kasih.

Bahasa Jiwa Bangsa
(1)
(2) 'Bahasa Jiwa Bangsa'
(3) 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah bahasa yang menjadi milik mutlak sesuatu bangsa serta menjadi identiti kebangsaan.

 Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara. Namun, bahasa ini kian tergugat dengan bahasa-bahasa asing dari negara-negara atas angin. Rakyat mengagungkan bahasa luar kerana ingin kelihatan bergaya dan mengikuti perkembangan masa kini. Tetapi, mereka lupa kepentingan bahasa Melayu ini. Persoalannya, apakah kepentingan bahasa Melayu?

 Indikator saya yang pertama, bahasa Melayu penting dalam seni hiburan. Pada masa kini, kita semua tahu bahawa bidang seni hiburan di negara Malaysia memerlukan penggunaan bahasa Melayu dalam pembikinan karya. Sebagai contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam pembuatan lagu, drama, filem dan teater. Tuntasnya, bahasa Melayu penting dalam bidang seni hiburan.

 Indikator saya yang kedua, bahasa Melayu penting dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana, sekiranya guru dan pelajar menggunakan bahasa Melayu dalam proses P&P pelajar akan lebih cepat faham. Hal ini pasti mampu menjadikan pelajar itu cemerlang. Konlusinya, bahasa Melayu penting dalam pendidikan.

**** Indikator lain: Alat perkomunikasian

 Kesimpulannya, bahasa Melayu penting dalam bidang seni hiburan dan pendidikan. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa memartbatkan bahasa Melayu agar dikenal di peringkat global supaya mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Ingatlah, bahasa melambangkan bangsa. Sekian,terima kasih.

Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti
(1)
(2) 'Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti'
(3) 'Alam Sekitar Dilestari Kehidupan Rakyat Berkualiti' ialah alam sekeliling yang dijaga dan dipelihara menjadikan rakyat hidup sejahtera.

 Alam sekitar kita kian tercemar pada masa kini. Hal ini menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir, jerebu dan kemarau. Persoalannya disini, apakah cara yang efektif bagi melestarikan alam sekitar untuk kehidupan rakyat yang berkualiti?

 Indikator saya yang pertama, Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan yang penting. Jabatan tersebut seharusnya turun padang memantau aktiviti yang dilakukan terhadap hutan untuk mengelakkan pencemaran. Aduan yang diterima sewajarnya diselesaikan dengan segera. Misalnya, masalah banjir melanda negara kita baru-baru ini (hanya sesuai digunakan sekitar awal tahun 2015) dipercayai berpunca daripada penebangan pokok. Jadi, Jabatan Alam Sekitar seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. Tuntasnya, Jabatan Alam Sekitar berperanan penting untuk melestarikan alam sekitar.

 Indikator saya yang kedua, kempen yang dianjurkan boleh melestarikan alam sekitar. Kempen tersebut bertujuan untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan penjagaan alam. Misalnya, kempen yang pernah dianjurkan ialah Sayangi Sungai Kita, Cintai Alam Sekitar dan sebagainya. Konklusinya, kempen yang dianjurkan mampu melestarikan alam sekitar serta menjadikan kehidupanj rakyat berkualiti.

**** Indikator lain: Peranan pihak sekolah


 Kesimpulannya, alam sekitar boleh dilestarikan melalui peranan Jabatan Alam Sekitar dan penganjuran kempen dan mampu menjamin kualiti hidup rakyat. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk menjaga alam sekitar kita. Ingatlah, alam sekitar tanggungjawab bersama. Sekian,terima kasih.

Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan
p/s: Apa-apa sahaja yang berkaitan perpaduan, isinya boleh disamakan melainkan soalan merujuk kepada sesuatu pihak sahaja. Sebagai contoh soalan yang tidak boleh sama isi dengan tajuk ini, Peranan Media Massa Dalam Perpaduan, Peranan Kerajaan Dalam Perpaduan atau Peranan Sekolah Dalam Perpaduan.

(1)
(2) 'Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan'
(3) 'Keutuhan Perpaduan Keharmonian Berkekalan' ialah penyatuan rakyat yang kukuh mampu menjadikan negara aman dan sejahtera.

 Peribahasa ada menyebut, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah dan bersatu teguh bercerai roboh. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya keutuhan perpaduan antara kaum dalam menjamin keharmonian. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menjadikan perpaduan itu lebih utuh?

 Indikator saya yang pertama, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan kaum lebih utuh. Hal ini kerana, rakyat melafazkan lima prinsip yang mempunyai nilai murni untuk dihayati. Mereka akan mengamalkan nilai tersebut dan hidup berbaik-baik antara satu sama lain. Misalnya, Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan mengajar rakyat untuk bersopan dengan satu sama lain dan mengelakkan pergaduhan. Tuntasnya, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan lebih utuh.

 Indikator saya yang kedua, Rumah Terbuka boleh dianjurkan untuk mengutuhkan perpaduan kaum. Hal ini mampu membuatkan bangsa berbeza duduk semeja tanpa ada prasangka dan menjamah makanan masing-masing. Sudah pasti suasana sedemikian yang diimpikan oleh kerajaan bahkan kita semua pun mengidamkan detik perpaduan sebegitu. Konklusinya, rumah terbuka boleh mengeratkan lagi perpaduan kaum.

**** Indikator lain: Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)

 Kesimpulannya, keutuhan perpaduan mampu diwujudkan melalui Rukun Negara dan penganjuran rumah terbuka serta penting untuk keamanan negara. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa bersatu padu dalam apa jua perkara pun. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, bangsa yang lemah sekalipun jika bersatu padu, pasti mampu menggoncang dunia. Sekian,terima kasih.

Perpaduan Teras Keamanan Negara
(1)
(2) 'Perpaduan Teras Keamanan Negara'
(3) 'Perpaduan Teras Keamanan Negara' ialah penyatuan masyarakat penting untuk keharmonian dan kesejahteraan negara.

 Peribahasa ada menyebut, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah dan bersatu teguh bercerai roboh. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya keutuhan perpaduan antara kaum dalam menjamin keharmonian. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk menjadikan perpaduan itu lebih utuh?

 Indikator saya yang pertama, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan kaum lebih utuh. Hal ini kerana, rakyat melafazkan lima prinsip yang mempunyai nilai murni untuk dihayati. Mereka akan mengamalkan nilai tersebut dan hidup berbaik-baik antara satu sama lain. Misalnya, Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan mengajar rakyat untuk bersopan dengan satu sama lain dan mengelakkan pergaduhan. Tuntasnya, Rukun Negara boleh menjadikan perpaduan lebih utuh.

 Indikator saya yang kedua, Rumah Terbuka boleh dianjurkan untuk mengutuhkan perpaduan kaum. Hal ini mampu membuatkan bangsa berbeza duduk semeja tanpa ada prasangka dan menjamah makanan masing-masing. Sudah pasti suasana sedemikian yang diimpikan oleh kerajaan bahkan kita semua pun mengidamkan detik perpaduan sebegitu. Konklusinya, rumah terbuka boleh mengeratkan lagi perpaduan kaum.

**** Indikator lain: Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)

 Kesimpulannya, perpaduan penting untuk keamanan negara. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa bersatu padu dalam apa jua perkara pun. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, bangsa yang lemah sekalipun jika bersatu padu, pasti mampu menggoncang dunia. Sekian,terima kasih.

Sekolah Penyayang Murid Cemerlang
(1)
(2) 'Sekolah Penyayang Murid Cemerlang'
(3) 'Sekolah Penyayang Murid Cemerlang' ialah sesuatu organisasi tempat menuntut ilmu yang mempunyai ciri penyayang mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam semua bidang seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 Pelajar menganggap sekolah sebagai rumah kedua mereka. Adakah anda semua tahu, sekolah yang penyayang lebih cenderung melahirkan pelajar yang cemerlang. Persoalannya, sekolah penyayang melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi atau aspek apa?

 Indikator saya yang pertama, sekolah penyayang melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik. Hal ini kerana , pelajar akan dibimbing dan diberi perhatian berterusan oleh guru. Sudah pasti pelajar akan lebih memahami pembelajaran itu. Jadi, pelajar yang cemerlang mampu bersaing di peringkat dunia dan boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara yang lain. Tuntasnya, pelajar yang cemerlang dari segi akademik mampu dilahirkan oleh sekolah penyayang.

 Indikator saya yang kedua, sekolah penyayang melahirkan pelajar cemerlang dari segi sahsiah. Pelajar akan diajar  mengenai cara mematuhi peraturan dengan baik. Hal ini boleh menyediakan mereka dengan suasana kerja pada masa hadapan. Konlusinya, sekolah penyayang melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah.


****  Indikator lain: Kokurikulum

 Kesimpulannya, sekolah penyayang mampu melahirkan pelajar cemerlang dari aspek akademik dan sahsiah. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk mewujudkan suasana yang kondusif untuk belajar. Sesungguhnya, Sekolahku Syurgaku. Sekian,terima kasih.

Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi
(1)
(2) 'Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi'
(3) 'Murid Berdisiplin Tinggi Kejayaan Akademik Dikecapi' ialah pelajar yang  bersahsiah tinggi mampu berjaya dalam pelajarannya.

 Murid yang berdisiplin tinggi menjadi kebanggaan negara. Persoalannya, apakah ciri-ciri murid yang berdisiplin tinggi untuk mencapai kejayaan akademik?

 Indikator saya yang pertama, murid yang bijak mengatur masa merupakan murid yang berdisiplin tinggi. Mereka mempunyai jadual belajar sendiri dan mematuhinya. Hal ini mampu menjadikan mereka cemerlang dalam pelajaran. Konlusinya, pelajar yang bijak mengatur masa ialah murid yang berdisiplin dan pasti berjaya dalam pelajaran.

 Indikator saya yang kedua, murid yang mematuhi peraturan merupakan murid yang berdisiplin tinggi. Pelajar sebegini pasti disegani oleh guru dan pelajar. Mereka pasti akan berjaya keraan mempunyai disiplin dan matlamat yang jelas. Tuntasnya, pelajar yang mematuhi peraturan merupakan pelajar yang berdisiplin dan pasti berjaya dalam bidang akademik.

****  Indikator lain: Menepati masa

 Kesimpulannya, pelajar yang mematuhi peraturan dan bijak mengurus masa merupakan pelajar yang berdisiplin tinggi dan boleh mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk menerapkan ciri-ciri positif tersebut untuk mencapai kejayaan kerana kita merupakan pemimpin pada masa hadapan. Ingatlah, pemudi tiang negara, pemuda harapan bangsa. Sekian,terima kasih.

Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan
(1)
(2) 'Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan'
(3) 'Kepimpinan Berkesan Mampu Mencapai Wawasan' ialah cara pentadbiran yang bersistematik mampu menjadikan visi negara tercapai.

 Kita seharusnya berbangga kerana lahir di negara yang berdemokrasi. Pasti wawasan negara mampu dicapai jika pemimpinnya bijak. Oleh itu, apakah cara kepimpinan yang berkesan oleh pemimpin dan mencapai wawasan?

 Indikator saya yang pertama, kepimpinan yang berkesan ialah pemimpin yang bersahsiah tinggi. Mereka mempunyai etika yang tinggi, mematuhi peraturan dan sebagainya. Hal ini mampu mensejahterakan rakyat. Tuntasnya, pemimpin yang bersahsiah tinggi merupakan cara kepimpinan yang berkesan dan mampu mencaapi wawasan negara.

 Indikator saya yang kedua, pemimpin yang prihatin kepada rakyat membolehkan wawasan negara tercapai. Kita sangat beruntung, kerana berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang tercinta iaitu Dato' Seri Najib. Beliau telah melakukan pelbagai cara untuk mensejahterakan rakyat. Buktinya, Klinik 1 Malaysia memudahkan rakyat mendapatkan rawatan dengan kos yang rendah. Konklusinya, pemimpin yang prihatin kepada rakyat mampu membimbing negara ke arah mencapai wawasan.

****  Indikator lain: berdaya saing tinggi , berinovasi, sistem pentadbiran teratur

 Kesimpulannya, kepimpinan yang berkesan seperti cara pemimpin yang prihatin kepada rakyat dan berdisplin tinggi mampu menjadikan negara mencapai wawasan. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk menyokong kerajaan dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
 Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
 Pemimpin yang baik dikenang juga.

Sekian,terima kasih.

Remaja Cemerlang Negara Terbilang
(1)
(2) 'Remaja Cemerlang Negara Terbilang'
(3) 'Remaja Cemerlang Negara Terbilang' ialah remaja yang mempunyai kejayaan yang baik mampu menjadikan negara cemerlang dalam semua bidang.

 Pemimpin Indonesia, Soekarno pernah berkata, berikan aku sepuluh orang remaja dan aku akan gegarkan dunia. Jelaslah bahawa remaja amat penting dalam pembangunan negara masa hadapan. Persoalannya, remaja yang cemerlang dari aspek apakah yang menjadikan negara terbilang.

 Indikator saya yang pertama, remaja yang cemerlang dari segi ilmu mampu menjadikan negara terbilang. Mereka pasti mampu bersaing dengan rakyat dari negara lain. Bukan itu sahaja, mereka boleh membawa kebanggaan kepada negara dengan memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa. Tuntasnya, remaja yang cemerlang dari segi ilmu mampu menjadikan negara cemerlang.

 Indikator saya yang kedua, remaja yang cemerlang dari segi sukan mampu menjadikan negara terbilang. Hal ini boleh mengharumkan nama negara dengan memenangi pertandingan di pentas dunia. Sebagai contohnya, atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa ialah Dato' Lee Chong Wei, Dato' Nicol Ann David, Pandelela Rinong dan sebagainya. Konklusinya, remaja yang cemrlanmg dari segi sukan pasti menjadikan negara terbilang.

****  Indikator lain: sahsiah, daya pemikiran

 Kesimpulannya, pelajar yang cemerlang dari segi sukan dan ilmu mampu menjadikan negara terbilang.. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk sentiasa membanggakan negara. Ingatlah bahawa pemudi tiang negara, pemuda harapan bangsa. Sekian,terima kasih.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang
(1)
(2) 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang'
(3) 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melahirkan Pelajar Cemerlang' ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan menjadikan murid itu berjaya dalam semua bidang.

 Kita semua tahu bahawa soalan KBAT ini menjadi salah satu soalan yang diketengahkan dalam peperiksaan awam kini. Persoalannya, bagaimanakah kemahiran berfikir aras tinggi melahirkan pelajar cemerlang?

 Indikator saya yang pertama, kemahiran ini menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif. Mereka boleh membuat ciptaan mereka sendiri mengikut daya pemikiran mereka. Misalnya, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, pelajar akan disuruh mencipta sesuatu dan mereka boleh mengaplikasikan daya inovasi mereka dan mendapat marakh yang diingini. Tuntasnya, kemahiran ini menjadikan pelajar lebih cemerlang dan kreatif dan melahirkan pelajar yang cemerlang.

 Indikator saya yang kedua, kemahiran ini mampu menjadikan pelajar lebih berdikari. Hal ini kerana pelajar boleh memikirkan sendiri jawapan bagi soalan yang dikemukakan. Sebagai contohnya, dalam pentaksiran LISAN, pelajar akan diaju soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi dan mereka pasti boleh menjawab dengan betul. Konklusinya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mampu menjadikan pelajar lebih berdikari.

****  Indikator lain: memikirkan strategi penyelesaian sendiri, berkeyakinan

 Kesimpulannya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadikan pelajar cemerlang kerana membolehkan pelajar lebih kreatif dan inovatif dan berdikari. Oleh itu, saya sarankan kepada hadirin dan hadirat untuk mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjadi lebih cemerlang. Ingatlah, pelajar cemerlang tunjang nusa. Sekian,terima kasih.

Hargai Warga Tua
(1)
(2) 'Hargai Warga Tua'
(3) 'Hargai Warga Tua' ialah menghargai golongan yang sudah tua atau berusia sekitar 60 tahun ke atas.

 Pada masa kini, kita sering melihat warga tua diabaikan oleh anak mereka. Merekalah orang yang paling banyak berjasa kepada kita. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk membalas jasa mereka?

 Indikator saya yang pertama, sebagai anak kita haruslah memberi kasih sayang kepada mereka. Mereka banyak memberi kita perhatian semasa kita kecil. Kita janganlah menjadikan alasan kesibukan bekerja untuk mengabaikan mereka. Tuntasnya, kasih sayang boleh diberi untuk menghargai jasa mereka.

 Indikator saya yang kedua, kita seharusnya memenuhi keperluan mereka. Kita seharusnya mengambil tahu keperluan mereka seperti ubat-ubatan. Jika boleh, elakkan untuk menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang tua. Konklusinya, kita boleh menghargai jasa ibu bapa dengan memenuhi keperluan mereka.

****  Indikator lain: Sabar melayan kerenah mereka

 Kesimpulannya, kita seharusnya menghargai jasa mereka dengan memberi kasih sayang dan memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, saya sarankan hadirin dan hadirat di dalam dewan ini supaya menjaga dan menghargai warga tua. Ingatlah, warga emas kita sayangi bersama. Sekian,terima kasih.

-Saya merupakan wakil pidato bagi SMK Tiong Hin. walaupun tidak mendapat 5 tempat teratas, masih lagi merasa bangga kerana dapat pengalaman yang berharga dan sudah lakukan yang terbaik mungkin. Cuma bukan rezeki dan biasalah, adat pertandingan ada menang ada kalah.
-tanggal 9/3 pertandingan. Ingin mengucapkan tahniah kepada SMK Ulu Balingian (juara) , SMK Agama Sibu( ke-2) , SMK Sungai Merah (ke-3) dan SMK Sacred Heart, SMK Bukit Assek (SaguHati)




10.4.16

Pantun Tema Cabutan Untuk Pesta Pantun Sekolah Rendah

Berikut beberapa rangkap pantun yang saya gubah untuk tema cabutan. Saya izinkan pantun-pantun ini dikongsi untuk kebaikan bersama.

TEMA CABUTAN
1.    Kebersihan makanan

Manis bersari si buah kundang
Tempat bersarang kawanan lebah
Makanan tercemar penyakit bertandang
Tanggungjawab siapa hindar musibah?

2.    Rukun Negara

Tinggi menjulang si pohon ara
Lagi rendah si pohon sena
Susunnya cemerlang rukun Negara
Hafalnya sudah amalnya bagaimana?

3.    Amalan Budi Bahasa

Rupanya indah laksana melati
Tersemat keronsang kebaya sarat
Cemerlang sahsiah mulia pekerti
Mengapa songsang dek budaya barat?

4.    Sekolahku Duniaku

Perahu tajar tuju ke jeti
Muatan berisi si anak udang
Guru mengajar sepenuh hati
Mengapa prestasi selalu kecundang?

  
5.    Murid bestari
Teluk Segari hentian helang
Hinggap seekor di hujung takal
Murid bestari sekolah gemilang
Apa acuan mencorak akal?

6.    Memperkasa bahasa

Kain sutera idaman jelita
Dipakai ramai nak dara cina
Bahasa melayu bahasa kita
Letak duduknya di pundak mana?

7Sayangi keluarga

Patah tunas berderai kasturi
Ditimpa tepus selasih bercabang
Melimpah emas mahligai berseri
Mengapa tandus kasih nan gersang?

8.    Cintai alam sekitar

Wangi kemboja di tepi kubur
Pohon gelam condong ke tepi
Kempen nasihat sudah diatur
Bagaimanakah alam terjaga rapi?


  Semangat kejiranan

Daun turi dimakan kelinci
Pohon maman tumbuh di hilir
Jiran menyepi nampak membenci
Apakah gerangan sedemikian fikir

1 Semangat perpaduan

Kuntuman dahlia sisipan cemara
Akar bersirat serak di laman
Satu Malaysia aspirasi Negara
Tercapaikah hasrat erat perpaduan?

1Budaya membaca

Harum kenanga segar pawana
Tumbuhnya indah penyeri karangan
Aneka slanga mencemar wahana
Tersisip lidah apa gerangan?

12.  Sayangi warga emas

Ayu si dara memetik melati
Pemuda selisih seraya menyapa
Lembut bicara cantik pekerti
Bonda berkasih direngus mengapa?
  
1Kebersihan diri

Tepus berjajar hinggap tempua
Mawar sebanjar sisipan setawar
Virus menular merentas benua
Mengapa dibiar tiada penawar?
  
  
Makanan seimbang
Mari menebang si pohon kari
Ranting menimpa tidak terkira
Gizi seimbang khasiat dicari
Resepi apa tingkatkan sejahtera?

1Rakyat sihat
tersusun bahasa si nenek tua
mata melihat senang di hati
cergas perkasa impian semua
Rakyat sihat mengapa diimpi?

   Warisan sejarah
Rendang kepayang tepian laman
Dahan pulasan tumbuh menyilang
Dondang sayang titipan berzaman
Cermin warisan siapa nak julang?



Teks Ucapan Pengerusi Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) 2016

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG ANGKATAN SASTERAWAN NASIONAL KEDAH (ASASI)

BIL
CUE
ANN

1

KETIBAAN TETAMU

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Aminuddin bin Omar, EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatnkuasa Tetap Kebudayaan dan Kesenian, Belia dan Sukan dan Pembangunan Insan merangkap Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Kedah dengan diiringi oleh Yang Berusaha Encik Saidin Abdullah, Ketua Satu ASASI,  Yang Berusaha En. Abdul Nasir b. Mohd Razali, Pengarah DBP Wilayah Utara dan Yang Berusaha Encik Abdul Mutalib bin Abdul Rahman, Pengarah JKKN Kedah.


2

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Sidang Hadirin yang dihormati,
Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagu Negaraku.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.


3

ALUAN PENGACARA

Yang Berhormat Dato’ Aminuddin bin Omar,
EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Kesenian, Belia dan Sukan dan Pembangunan Insan merangkap Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Kedah,



Yang Berusaha En. Abdul Nasir b. Mohd Razali, Pengarah DBP Wilayah Utara,

Yang Berusaha Encik Abdul Mutalib bin Abdul Rahman,
Pengarah JKKN Kedah.

Yang Berbahagia Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Zurinah Hassan,

Yang Berusaha Encik Saidin Abdullah,
Ketua Satu ASASI,

Barisan Jawatankuasa ASASI,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.

Bukan daun sebarang daun,
Daun delima dijaga kumbang,
Bukan pantun sebarang pantun,
Pantun kucipta menyambut datang.

Selamat Datang ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam majlis Perasmian Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41.


Pihak majlis serta seluruh warga ASASI, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat Dato’ Aminuddin bin Omar,  kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41 yang kita rencanakan pada hari ini.


4

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ramli bin Hashim.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
……………………………………………………………………
Ya Allah Tuhan yang memiliki siang dan malam, makbulkanlah doa kami. Terima kasih Ustaz Ramli bin Hashim atas bacaan doa itu tadi.


5

DEKLAMASI PUISI

Hadirin yang dihormati,
Kita halusi lagi kepekaan, kita simpan bersama harapan, kita panjangkan akal dan pemikiran dengan bait-bait puisi.
Untuk itu, dipersilakan Saudara Faizal Mehat dan Saudari Zaheera Ibrahim untuk mendeklamasi puisi berjudul _____________________dan ______________________.
……………………………………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua deklamator kita tadi.


6

UCAPAN KETUA SATU ASASI

Majlis kini dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Saidin bin Abdullah, Ketua Satu ASASI untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.

……………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan atas ucapan oleh Ketua Satu ASASI.

7

UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO’ AMINUDDIN OMAR

Pohon delima di tepi halaman,
Hinggap unggas di hujung dahan;
Majlis gembira menjemput tuan,
sepatah kata buat renungan.

Dipersilakan Yang Berhormat Dato’Aminuddin Omar untuk menyampaikan sepatah dua kata serta merasmikan Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41 dan melancarkan buku hasil karya penulis ASASI.

…………………………………………………………………

Ribuan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Dato’Aminuddin Omar atas ucapan sebentar tadi.

Naik perahu tuju ke kota,
Tun Fatimah seri Melaka;
Begitu bermakna madah dan kata,
Di hati kami jadi pusaka.


11

SESI BERGAMBAR

Hadirin sekalian,
Sebelum majlis kita melabuhkan tirai, dijemput semua tetamu kehormat untuk bersama-sama berada di atas pentas bagi acara bergambar kenang-kenangan. Dipersilakan.

12

PENUTUP

Sekian sahaja majlis Perasmian Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41. Sebelum tuan-tuan dan puan-puan melangkah pergi, kami menjunjung kasih dan budi kerana sudi bersama-sama kami ke mari. Sesungguhnya kehadiran semua amat besar maknanya kepada perkembangan ilmu, bahasa dan sastera.

Bila memandang ke muka kuala,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Sebelum melangkah pulang, sudilah menghilang dahaga, nikmatilah jamuan ringan yang telah pun disediakan oleh pihak penganjur.

Kepada semua kami kalungkan ucapan terima kasih. Hingga berjumpa lagi. Salam hormat daripada kami buat semua.
Assalamualaikum….