10.4.16

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) 2016

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG ANGKATAN SASTERAWAN NASIONAL KEDAH (ASASI)

BIL
CUE
ANN

1

KETIBAAN TETAMU

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Aminuddin bin Omar, EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatnkuasa Tetap Kebudayaan dan Kesenian, Belia dan Sukan dan Pembangunan Insan merangkap Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Kedah dengan diiringi oleh Yang Berusaha Encik Saidin Abdullah, Ketua Satu ASASI,  Yang Berusaha En. Abdul Nasir b. Mohd Razali, Pengarah DBP Wilayah Utara dan Yang Berusaha Encik Abdul Mutalib bin Abdul Rahman, Pengarah JKKN Kedah.


2

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Sidang Hadirin yang dihormati,
Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagu Negaraku.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.


3

ALUAN PENGACARA

Yang Berhormat Dato’ Aminuddin bin Omar,
EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Kesenian, Belia dan Sukan dan Pembangunan Insan merangkap Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Kedah,



Yang Berusaha En. Abdul Nasir b. Mohd Razali, Pengarah DBP Wilayah Utara,

Yang Berusaha Encik Abdul Mutalib bin Abdul Rahman,
Pengarah JKKN Kedah.

Yang Berbahagia Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Zurinah Hassan,

Yang Berusaha Encik Saidin Abdullah,
Ketua Satu ASASI,

Barisan Jawatankuasa ASASI,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.

Bukan daun sebarang daun,
Daun delima dijaga kumbang,
Bukan pantun sebarang pantun,
Pantun kucipta menyambut datang.

Selamat Datang ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam majlis Perasmian Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41.


Pihak majlis serta seluruh warga ASASI, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat Dato’ Aminuddin bin Omar,  kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41 yang kita rencanakan pada hari ini.


4

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ramli bin Hashim.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
……………………………………………………………………
Ya Allah Tuhan yang memiliki siang dan malam, makbulkanlah doa kami. Terima kasih Ustaz Ramli bin Hashim atas bacaan doa itu tadi.


5

DEKLAMASI PUISI

Hadirin yang dihormati,
Kita halusi lagi kepekaan, kita simpan bersama harapan, kita panjangkan akal dan pemikiran dengan bait-bait puisi.
Untuk itu, dipersilakan Saudara Faizal Mehat dan Saudari Zaheera Ibrahim untuk mendeklamasi puisi berjudul _____________________dan ______________________.
……………………………………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua deklamator kita tadi.


6

UCAPAN KETUA SATU ASASI

Majlis kini dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Saidin bin Abdullah, Ketua Satu ASASI untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.

……………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan atas ucapan oleh Ketua Satu ASASI.

7

UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO’ AMINUDDIN OMAR

Pohon delima di tepi halaman,
Hinggap unggas di hujung dahan;
Majlis gembira menjemput tuan,
sepatah kata buat renungan.

Dipersilakan Yang Berhormat Dato’Aminuddin Omar untuk menyampaikan sepatah dua kata serta merasmikan Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41 dan melancarkan buku hasil karya penulis ASASI.

…………………………………………………………………

Ribuan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Dato’Aminuddin Omar atas ucapan sebentar tadi.

Naik perahu tuju ke kota,
Tun Fatimah seri Melaka;
Begitu bermakna madah dan kata,
Di hati kami jadi pusaka.


11

SESI BERGAMBAR

Hadirin sekalian,
Sebelum majlis kita melabuhkan tirai, dijemput semua tetamu kehormat untuk bersama-sama berada di atas pentas bagi acara bergambar kenang-kenangan. Dipersilakan.

12

PENUTUP

Sekian sahaja majlis Perasmian Mesyuarat Agung ASASI kali ke 41. Sebelum tuan-tuan dan puan-puan melangkah pergi, kami menjunjung kasih dan budi kerana sudi bersama-sama kami ke mari. Sesungguhnya kehadiran semua amat besar maknanya kepada perkembangan ilmu, bahasa dan sastera.

Bila memandang ke muka kuala,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Sebelum melangkah pulang, sudilah menghilang dahaga, nikmatilah jamuan ringan yang telah pun disediakan oleh pihak penganjur.

Kepada semua kami kalungkan ucapan terima kasih. Hingga berjumpa lagi. Salam hormat daripada kami buat semua.
Assalamualaikum….












Tiada ulasan: