18.1.17

Asas Pengucapan Awam

ETHOS
Kredibiliti

Sebelum anda meyakinkan penonton untuk menerima kata-kata bergantung kepada KREDIBILITI anda. Ukuran kredibiliti ialah:

1. Adakah penonton menghormati anda?
2. Adakah penonton percaya kepada karakter baik anda?
3. Adakah penonton percaya bahawa anda boleh dipercayai?
4. Adakah penonton percaya anda pakar dalam bidang yang anda bicarakan?
5. Adakah penampilan anda membawakan impresi pertama yang positif?

Anda perlu sedar bahawa tidak cukup sekadar anda tahu anda berkredibiliti. Penonton anda juga
mesti percaya anda berkredibiliti.


PATHOS
Hubungan Emosi dengan Audien

Pathos ialah kualiti anda mempengaruhi penonton melalui kata-kata yang mampu
memetik emosi mereka. Cuba anda fikir melalui soalan berikut;

1. Adakah kata-kata mencetuskan perasaan seperti cinta, simpati, takut, geram, marah,
menjengkelkan dsb?
2. Adakah bahasa badan anda juga mencetuskan perasaan seperti cinta, simpati, takut, geram, marah, menjengkelkan?

Hubungan emosi boleh dicipta dalam banyak cara semasa pengacaraan samada melalui bercakap seperti penceritaan, perumpamaan, metafora, atau hanya hanya ekspresi wajah.


LOGOS

Logos adalah logikal dan kekuatan fakta dalam bicara dan kata-kata. Antara ukurannya ialah;

1. Adakah mesej anda masuk akal?
2. Adakah mesej anda bersandarkan fakta, statistik, kajian, bukti, dalil?
3. Adakah seruan tindakan yang anda sampaikan akan terjadi sepertimana yang anda harapkan?

Anda akan dapati Logos menjadi sangat kritikal kerana ia akan menampakkan anda sebagai hos yang cerdik atau sekadar hanya tahu bertanya soalan tanpa memahami konteks soalan.

8.1.17

SLAID PERSEMBAHAN POWERPOINT BERKAITAN PENGUCAPAN AWAM OLEH ENCIK MUZAFFAR TAWANG

SLAID PERSEMBAHAN POWERPOINT BERKAITAN PENGUCAPAN AWAM OLEH ENCIK MUZAFFAR TAWANG

Definisi Protokol

                 Berasal daripada bahasa ‘Yunani’ yang menggabungkan dua kata dasar ‘protos’ yang bermaksud ‘yang pertama’ dan  ‘koll’ bererti ‘pelekat’. Ini bermakna ‘protokol’  itu pada asalnya membawa makna ‘pelekat yang pertama’ atau ‘tanda taraf’ atau ‘status’

                 Secara ringkasnya, ‘protokol’  berkaitan dengan peraturan dalam penganugerahan darjah kebesaran, susunan keutamaan, panggilan hormat, jemputan, tempat duduk dan sebagainya.
Menurut beberapa pendapat, etiket  ialah;

                        a.         Peraturan pergaulan / budi bahasa
                        b.         Hukum-hukum adab tertib
                        c.         Ketetapan dalam tingkah laku sosial
                        d.         Kesopanan dan bertimbang rasa         
                        e.         Peraturan / cara melakukan sesuatu    

                Kesimpulannya, etiket ialah peraturan-peraturan yang berkaitan dengan citarasa, kesesuaian, adab tertib, penampilan, kesopanan dan sebagainya semasa menghadiri sebarang majlis sama ada majlis rasmi atau majlis tidak  rasmi.